Saturday, October 08, 2011

kenapa nak hina islam

Assalamualaikum wbt..


aku sebenarnya bukannya jenis yang suka melalak pasal isu semasa. tapi bila dah ada sesetengah pihak tu suka buat auta dan bikin hati aku panas.. aku terasa nak melalak juga kat sini. Yelah.. kat blog je aku mampu nak luah segala isi perut dan pendapat aku. Alaa.. setakat blog aku ni siapa je yang nak baca kan?

Disebabkan aku ni jenis yang ketinggalan zaman, tak tengok berita and all.. aku tau benda-benda ni agak lambat dari orang lain. =.='

Tapi kebelakangan ni memang menjadi-jadi. Ramai pulak yang aku tengok, yang aku baca.. nak menghina Islam. Pejadah? Ye, pasal ni lah aku bengang dan marah sesangat ni. Sebagai seorang Islam, aku amat ambil berat pasal benda ni. Sebab ini adalah kepercayaan aku. Agama aku!

Com'on laa... Sudah-sudahlah tu nak menjatuhkan martabat Islam. Hentikanlah penghinaan tu. Apa yang korang dapat dari menghina semua ni? Islam tak pernah hina pun mana-mana agama dan kepercayaan lain. Jadi kenapa nak mulakan?

Bila Islam sendiri protes dan mula ambil tindakan, mulalah nak buat auta kata Islam ni agama yang ganas. Wattaheck? Pokok takkan bergoyang kalau takde angin laa...

Sungguh aku tak faham dengan otak manusia zaman sekarang. Kalau tamau percaya pada Islam, just keep your mouth and mind shut. Diam sudah. Tak payah nak canang, hina segala bagai. Hormatilah pegangan kami orang Islam sebagaimana kami menghormati agama yang lain.

Aku malas nak bubuh gambar-gambar yang menjadi bukti meghina orang Islam. Mencemarkan blog aku je nanti. Sila google gambar-gambar tu. Dan google sekali pasal Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara tuh, mokcik yang kepala senget ni  memang agak ekstrim lah bahasa dia. Tu belum campur yang kengkawan aku tagged kat facebook lagi. Banyak betul makhluk yang nak hina rasulullah dan Islam. Untuk maklumat lanjut klik SINI. Ataupun.. klik SINI

To you yang asyik sangat menghentam dan meghina Islam, may someday you sedar dan diketuk pintu hati untuk berubah. Semoga Allah memberi kamu hidayah dan petunjuk untuk kembali ke pangkal jalan.

And to my fellow brothers and sisters, sabarlah.. Allah sentiasa bersama kita. Semoga kita diberi kekuatan untuk menempuh segala dugaan ini.




La Tahzan innaAllaha ma'an! [9 : 40 ] ( Be not sad (or afraid ), surely Allah is with us)