Saturday, October 08, 2011

kenapa nak hina islam

Assalamualaikum wbt..


aku sebenarnya bukannya jenis yang suka melalak pasal isu semasa. tapi bila dah ada sesetengah pihak tu suka buat auta dan bikin hati aku panas.. aku terasa nak melalak juga kat sini. Yelah.. kat blog je aku mampu nak luah segala isi perut dan pendapat aku. Alaa.. setakat blog aku ni siapa je yang nak baca kan?

Disebabkan aku ni jenis yang ketinggalan zaman, tak tengok berita and all.. aku tau benda-benda ni agak lambat dari orang lain. =.='

Tapi kebelakangan ni memang menjadi-jadi. Ramai pulak yang aku tengok, yang aku baca.. nak menghina Islam. Pejadah? Ye, pasal ni lah aku bengang dan marah sesangat ni. Sebagai seorang Islam, aku amat ambil berat pasal benda ni. Sebab ini adalah kepercayaan aku. Agama aku!

Com'on laa... Sudah-sudahlah tu nak menjatuhkan martabat Islam. Hentikanlah penghinaan tu. Apa yang korang dapat dari menghina semua ni? Islam tak pernah hina pun mana-mana agama dan kepercayaan lain. Jadi kenapa nak mulakan?

Bila Islam sendiri protes dan mula ambil tindakan, mulalah nak buat auta kata Islam ni agama yang ganas. Wattaheck? Pokok takkan bergoyang kalau takde angin laa...

Sungguh aku tak faham dengan otak manusia zaman sekarang. Kalau tamau percaya pada Islam, just keep your mouth and mind shut. Diam sudah. Tak payah nak canang, hina segala bagai. Hormatilah pegangan kami orang Islam sebagaimana kami menghormati agama yang lain.

Aku malas nak bubuh gambar-gambar yang menjadi bukti meghina orang Islam. Mencemarkan blog aku je nanti. Sila google gambar-gambar tu. Dan google sekali pasal Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara tuh, mokcik yang kepala senget ni  memang agak ekstrim lah bahasa dia. Tu belum campur yang kengkawan aku tagged kat facebook lagi. Banyak betul makhluk yang nak hina rasulullah dan Islam. Untuk maklumat lanjut klik SINI. Ataupun.. klik SINI

To you yang asyik sangat menghentam dan meghina Islam, may someday you sedar dan diketuk pintu hati untuk berubah. Semoga Allah memberi kamu hidayah dan petunjuk untuk kembali ke pangkal jalan.

And to my fellow brothers and sisters, sabarlah.. Allah sentiasa bersama kita. Semoga kita diberi kekuatan untuk menempuh segala dugaan ini.




La Tahzan innaAllaha ma'an! [9 : 40 ] ( Be not sad (or afraid ), surely Allah is with us)

Tuesday, October 04, 2011

the insyirah

Bismillahirrahmannirrahim...



I wasnt myself these days.. 


Mungkin ada kaitan dengan the big break up ke? Or maybe... sebab dapat 'cuti ' semuanya terasa lain - terasa amat jauh dari-Nya? Yep, that second sounds just right. But... the first one pun feels right juga. The Break Up. I wasnt happy at all. I cannot enjoy myself very much when the guilty-ish taking over my entire soul nowadays. Nak makan pun tak berapa nak selera -which is very odd sebab selera aku sangatlah macam buaya- tekak terasa macam ada pasir.







Mungkin ke pasal the break up?




But it's the right thing to do kan? Jadi kenapa nak looked back and be sad and all? Be proud of yourself. You dont have to live in sins anymore. No pegang-sentuh-touch-or-whatever thingy dah. Then kenapa nak sedih? Com'on. Tanya hati, tanya minda. Do you love him that much....? Yakin ke sayang?   Dan bukannya nafsu keremajaan semata-mata? Oh, i know this is just lust alright.





Is it?





Hati, janganlah kau bergelodak macam ni. Jiwa, janganlah kau kosong lagi. Yakinlah pada pendirianmu. Yakinlah dengan setiap keputusanmu. Yakinlah yang semua ni ada ganjarannya. Jangan biarkan nafsu ketawa berdekah-dekah kerana ia menang tanpa bertanding. Jangan biarkan syaitan mencucuk-cucuk hati dan jiwa kerana pasti ia sangka kita sudah tersalah arah. Janganlah pula kau berpaling dari kata-kata yang telah diputuskan oleh pendirianmu. 





Tetapkanlah iman. Teguhkan akal. 






Tapi. Dengan sesungguhnya.. Dan sebenarnya.. Pendek katanya.. aku rasa bersalah. Minta putus macam takde hati perut belah kasihan langsung-langsung. Tapi.. it's the best thing kan? Aku bukan nak jadi monster who had taken his heart and threw it in a deep ocean. Aku cuma pilih agama dari cinta. Aku cuma pilih ALLAH dari dia. Mungkin caranya salah tapi jalan apa yang aku ada selain berlakon dingin dan tak peduli? 








Maafkan aku...





Dah. Dah. Stop it. Stop it. Ni mesti the devil playing ni yang jadi gundah gulana segala. Pasti. Dan.. dan.. dan.. ko tengah 'cuti' kan. Sebab tu syaitan cepat datang dalam hati. Ehem. Betul tu. Baca Insyirah. Yes, the medicine... His medicine...






Read and heed.









Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?

Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat?

Yang membebankan punggungmu?

Dan Kami muliakan namamu.

Sesungguhnyadi samping kesukaran datanglah kesenangan.

Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan.

Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) 

maka bersusah payahlah (mengerjakan lain pekerjaan)

Dan kepada Tuhanmu, berharaplah..



Tenanglah hati. Allahuakhbar.

Saturday, October 01, 2011

Worth waiting for!

Assalamualaikum wbt.

Tarik nafas.. lepas.

Tarik nafas... lepas.



Aku dapat sambung belajar! Uuuu~ begitu teruja saya ni. 17 Sept, interview for bachelor science architecture. 30 Sept, keputusan keluar. Ya Rabb, memang tak sangkalah dapat! Haha. Hampir setahun duduk menganggur kat rumah.. akhirnya Allah makbulkan juga impian aku. Alhamdulillah. Tak sia-sia berdoa pada-Nya. Verily, He is Maha Mendengar.

"Indeed, the patient will be given their reward without account" [Az-Zumar :10 ]

Yep, indeed.

Aku senyum sampai ke ubun-ubun ni..

Jazakallah~